Kamis, 28 November 2013
keluarga
Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga
ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara
biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan
merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga
bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk
meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya.
Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana
matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat.
Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah
keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan,
kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri,
pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar